Monday, December 7, 2009

CUTI

Assalamualaikum w.b.t

DAY 1

Alhamdulillah dengan izinNya saya dapat cuti bersama keluarga dan buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke langkawi.. ok2, saya tahu pasti semua orang sudah pergi langkawi dan saya pada usia lanjut sebegini (20 thn) baru nak pergi langkawi. tapi, papepon, saya nak cakap SAYA DAH PERNAH PERGI LANGKAWI.. hahahehe

jumaat lalu, cuaca bagus. hari yang agak sibuk di mana saya merangkap super bibik kepada adik2 saya dengan muka selamba pergi ambil kad laporan mereka. sampai2, oh xramai bagus. parking. dan terus ke kaunter untuk check nama. ok, check2 ada nama tapi.... hahaha yuran xbayar habis lagi. ALAMAK! cmne ni? yelah, kalau setakat rm20 adalah.ini empat angka plak tu. duit dahlah xde. aduhai. kena patah balik rumah ambil duit. dah masuk kereta sampai simpang nak keluar sekolah baru teringat mama ada bagi duit nak masuk bank.teeettt haha terus masuk parking balik dan buat muka xmalu pergi kaunter tu balik. ok, bayar yuran dan ambil kad laporan. poyo2 bincang dengan cikgu nabihah dan kauthar. practice2. almaklumlah. ehem2.ehem haha

selesai. pergi bank, ambil cardigan bee, ambil baba kat klinik. nak pergi kenduri aqiqah katanya. temanlah. ok, flight pukul 6ptg. barang xkemas lagi. jam dah pukul 1.30ptg. pukul 3 dah nak kena bertolak. pukul 2.15ptg sampai rumah cepat2 kemas barang dan solat terus pergi ke LCCT.

sampai LCCT semua semangat dan gumbira hati riang2 ceria pergi ke kaunter nak load bag. sampai2, dia nak IC semua orang termasuklah zaid. HA? lagi sekali gelabah. tapi alhamdulillah semuanya selesai sebab minta tolong cikgu dia faxkan. masuk kapal terbang.fly.(xsuka naik kapal terbang).lebih kurang pukul 7.30 sampai langkawi dan sewa kereta innova. pergi makan .check in .tido.

DAY 2

Pagi-pagi dah bangun untuk pergi makan roti canai kat bawah. pastu pergi dataran lang. taktau nak cerita apa so letak gambar pun cukup la ye. hehe


kereta sewa kami


bincang + borak = bincrak

dataran lang 1

dataran lang 2

dataran lang 3


dataran lang 4

happy anniversary maba <3>
petang kitorang pergi geopark(xsilap) untuk naik kabel car. hehe best tapi gayat..



finally pergi pantai tengok matahari terbenam. hari ketiga nnt la update. bnyk sgt gmbr. hehe



oklah, tu saje. senyum selalu dan jgn lupa Allah. salam (=

Thursday, November 26, 2009

Raya


Assalamualaikum.

Perhatian!! perhatian!! Jumaat ni final patho. doakan saya dapat A+ ye!! (=

Alhamdulillah setelah bersusah payah pujuk mama and baba...akhirnya kami dpt juga DSLR.. siap buat2 muncung. alhamdulillah dapat juga.

iklan kejap.. hari tu zaid kor*k hidung then mama cakap ''jangan kor*k, nnt berlubang hidung''. fhm x? xfhm xpe =D

anyways, just to say that i'm very happy becasue i almost give up. yelah, sunathon xdapat, BLS xdapat.. medical check up? memang give up. tapi mama cakap, do not giveup, so pergi ambil test and alhamdulillah LULUS!!! hanya Allah je yang tahu. nak nangis je. lagi2 time tu tengah kelas. mata terus segar bugar. hehe

oklah, ni ada gambar tryout guna camera baru.. (=




dahlah..malas nak kecik kan gambar.nak kena study.. hehe ok..senyum selalu.. salam alaik =D


Friday, November 13, 2009

kami M.E.N.A.N.G

Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu yang lepas kami berhempas pulas buat latihan untuk perlawanan netball mahasiswa di UNITEN pada 13-15 november 2009. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..ehem latihan jela.. lalalala... fuh, dengan final exam kami buat penuh semangat, hujan kami redah, panas pon redah.. semua kami redah... gagahlah katakan.. yela.. nanti orang tanya dari mana.. CUCMS! bangga... haha billion terima kasih diucapkan pada sekolah seri puteri kerana mengajar dan meminjamkan kami coart untuk bermain. almaklumlah.. kolej kami kan 'besaaar'.. semua pon lengkap lah... okey, ini kontinjen2nya.. wah!!



(berdiri dari kiri : abry, kinah, afiqah, kak husna, fil, fatin, jiji, kak mira)
(duduk dari kiri : kak nana, kak abel, atiq, aisyah, ein)

131109 - pagi tu kami semua ada exam. tapi hati semua dah semangat nak main.ceh.. pukul 12 tghri kitorang gerak ramai2 ke UNITEN.. besar sangat.. dia punya tasik sama besar dengan kolej kami.. bayangkanlah.. haha ok, berbalik kepada topik.. berkumpul dalam dewan, warm up warm up.. tapi hati berdebar.. yelah, first game dengan lim kok wing.. mungkin rambut merah biru hijau, cacak2..aduhai.. skirt pendek baju sleeveless..tindik hidung, mata.. ish3 aduhai2..takutnya.. xpe2, pergi solat dulu. makan2 dulu.. main2 baling bola and etc..

tick tock tick tock jam menunjukkan 2.20.. game start 2.30.. tapi team lim kok wing langsung xnampak.. macam mana? menang tanpa bertanding? harapan~ hmm... ok.. relax.. 2.25 satu team datang.. semua orang pandang.. pergh!! lim kok wing.. semua foreigners.. xdelah rambut2 subang2 tu.. hahaha lega

tepat 2.30 ptg game start.. okay, before game biasalah salam2.. masuk posisi.. berkenalan.. relax. tuptaptuptap..GOAL!! weh2.. apa ni.. waa... lim kok wing 1-0..adeh.. xboleh jadi ni.. main2.. susah nya nak jaga diorang.. laju... pastu cakap bahasa diorang.. kitorang xpaham.. xaci.. sebab bila dia ckp bahasa diorang.. tak tau dia suruh baling bola arah mana.. yang tau 'ari2'.. tupon xtau maksudnya.. ingt nama orang, jakgi semua pon panggil ari2.. keliru..xpe.. masih mantap dan gagah.. laju..rebut!! rebut bola!! fuh dapat... referi pon cakap ''okey, bola cuc..'' erk? cucms la.. xpela... finally kami kalah dengan markah 11-19.. hmm. xpela.. dah usaha.. lagipon, kalau kitorang xamek gelaran kalah tu, siapa nak amek..betul x? hehe

second game 4.30 lawan dengan lagenda.. lagenda first half kami menang 10-5.. tapi xtau cmne, dorg pecut balik.. 14-18 xsilap.. jadi kami pon iktiraf sebagai kalah.. tapi, sekali lagi.. kalau bukan kami yang nak ambil gelaran kalah, siapa lagi.. xpe, next year kitorang pula ambil menang.. gilir2 lahkan.. hehe ada gambar2 sikit kat bawah ni.. hehe



kak husna, kak mira ngn second year students.


cucms vs lagenda
(cucms vs lim kok wing xsempat, sbb dorg laju sangat..haha)

final year + first year.

team kami

lagenda vs cucms


okla.. tu je untuk hari.. sekian terima kasih.. senyum!! ((=

idolaku


idolaku..ceyt!!
saya mahu jadi sepertinya..

Friday, November 6, 2009

Qunut

kawan2,

tengoklah video ni.. kelakar.. hahaha

ok tu je..(=

Thursday, November 5, 2009

female class rep

saya xnak jadi class rep. fullstop!

Saturday, October 24, 2009

expect the unexpected

assalamualaikum w.b.t

hahaha tajuk tema netball tahun 2005. dahlah nama group kamikaze. ok abaikan.

last two weeks, i've decided to join LTDJ (Le Tour de Johor). so syazmin and i registered our names. yela. nak dapat pengalaman baru. antara sebabnya, ade SUNATHON!! ceh suka. hmm. yelah.. benda baru memang teruja sikit lagi2 perempuan.

tuesday - kitorang mula dengan theory class bersama prof latif. fuh, best. tapi tengok slides pon nak pitam. xtaulah keadaan sebenar macamana. minggu lepas ada juga intro dari dr alamin, mula2 xpaham sangat sebab xada pengalaman dan xdapat bayangkan rupa paras. tapi lepas buat praktikal malam selasa baru faham keadaan sebenar. oh. macam ni. oh macam tu. oh ngilu nya. aduhai

ada macam2 teknik nak sunat ni. tapi cerita satu jela eh. hehe

okay.

step 1 : register and explain to the patient and his(of course la his) parents about the procedure. make sure that the boy understand and know the purpose of this 'extreme' operation(ceh). if the boy resist, just let him settle down by giving him a lolipop haha. time managment is very important. (erk)

step 2 : the boy to lays down. remember! always smile. supaya budak tu akan fikir dia 100% selamat selepas 'extreme' operation tu. (erk lagi sekali). bila dia dah tenang. cucuk dengan local anesthesia. ada tiga tempat kena cucuk, dorsal, and pukul 4 dan 8 kat bawah. alamak lupa nama. dan jangan lupa, ckp dengan adik tu.. cakap camni

''adik, adik jangan risau ye.. sakit sikit je. adik nak sihat kan'' JANGAN sesekali cakap xsakit sebab tu dongeng. oh ye, nak inject jangan lupa sapu alcohol. nanti lagi teruk.

step 3 : pakai glove.sapu iodine dekat tempat nak bedah tu. pusing tiga kali. and drape. drape tu kena potong kain tutup tu and cover part nak dibedah supaya darah xmerata2 tempat.

step 4 : alamak apa nama nya tu. tapi kitorang kena buka kulit tu.. macam siat sikit.. haaaaaa... disect! disect tu buka. nak buang semua kotoran yang ada kat situ. sakitnya ya Allah. habis disect, panggil doctor untuk potong apa yang patut.

step 5 : jahit balik and hantar budak tu balik.

fuh. best kan? hehe so, malam selasa tu kitorang buat praktikal. sebab nanti ada exam. so kena buat betul2 kalau nak join. kepada kawan2 yang join. good luck! (= ada empat stesen.

stesen pertama : injection - stesen ni pelajar dikehendaki membancur injection selama 30 saat sahaja. inject juga 30 saat dimana totalnya 1 min. saya ni cepat gelabah so takut tangan menggeletar kalau orang tengok. huhu hari tu sampai tercucuk jarum main2. tapi xpe. dimana ada kemahuan di situ ada jalan cewwaah!.

stesen kedua : pakai glove dan sapu iodine 30 saat.(paling susah dan paling gelabah). draping 30 saat. total 1 min.

stesen ketiga : jahit di kulit sebanyak lima jahitan 5 minit.

stesen keempat : jahitan di tube getah sebanyak enam jahitan dan setiap jahitan satu min. total 6 min.

kawan2, doakan saya tau. saya nak pergi. bukan senang dapat peluang macamni. (= kawan2 yang lain juga, good luck! insyaAllah kita pergi sama2 ok? =D itu sahaja bab sunat. bab lain akan diupload lagi lain kali. sekian terima kasih

happy birthday azra =)