Monday, March 1, 2010

lompat tikam

assalamualaikum w.b.t.

sememangnya post kali ini tiada kaitan langsung dengan tajuk. tetiba teringat kat kuih lompat tikam. alhamdulillah, sekarang dah habis enam block dan jumaat ni habislah block yang ketujuh. lepas ni, masuk system pula. result? hmm, alhamdulillah nak kata best student xla. average? boleh lah. memang sejak dulu nak kata saya ni budak yang genius xjugak tapi alhamdulillah dapat juga ambil course perubatan ni. saya tahu parents, nenek, atuk pakcik makcik semua nak saya berjaya. saya pun xtau kenapa saya ambil course ini sebab jujur saya katakan saya seorang yang pemalas lagi2 bab menghafal. ya allah, bantulah saya. aduhai. makin hari makin malas, tapi kena tabahkan diri untuk belajar juga. xpe2, lima tahun je lagi. insyaAllah sekejap je tu.

oklah, pesanan buat adik2 yang tengah fikir2 nak ambil course apa ke, nak jadi apa ke? hmm, ni ada la sedikit sebanyak nasihat dari saya budak average. haha humble la konon. ok, first sekali, yang paling utama, yang paling penting doa and dekatkan diri dengan Allah. setiap apa yang kita belajar tu, semua ciptaan Allah. sangat luas dan masyaAllah sangat cantik.

yang kedua nak ambil medic ni (belum jadi doctor ok) kenalah rajin. ok RAJIN. hohu kalau pandai tapi malas pon xboleh jugak. sebab apapun kita buat mesti ada usaha, samada sikit atau banyak. dan kurangkan MENGUMPAT.haha

yang ketiga, hormat lecturer dan kawan2. eh2, xlupa, makcik pakcik sapu sampah, receptionist, abg2 roswell, abg2 darif (hahah cmla korang kenal an) anyways, kena hormat semua orang. ingatlah, setiap orang ada lain pendirian. ok, contohlah kan, ada sorang kelas mate saya ni memang ramai gila xsuka kat dia, tapi x ke kesian kat dia. cuba bayangkan anda berada ditempatnya, mesti anda sedih kan? (aceceh) tapi betullah, cuba jangan benci orang ok, sebab kamu pun ada kekurangan juga. kalau xsuka dengan perangai dia, cuba avoid and jangan jadi kawan rapat, tapi xpayah benci ke apa. ingat, habluminannas (hubungan baik antara manusia kena jaga) kalau kita hormat perangai orang, insyaAllah orang akan hormat kita.

yang ketiga, kena pandai bercakap. haha yang ini saya lemah sikitla. tapi kena asah dari sekarang. especially dengan patient nanti. mostly patient kita ni orang yang dah berumur sikit. so, kena jaga2 lah sikit. tapi kalau nak bercakap kan lebih baik bercakap apa yang perlu sahaja,ni x, kadang2 ada yang jerit dari hujung ke hujung hall. xmanis tau.

ok, dah jadi doctor pulak, nanti kena tahu hukum hakam islam. kalau nak buat surgery tu bukan main buat je sebab duit semata. tanggungjawab bila dah bergelar isteri atau suami jangan diabaikan. hubungan dengan Allah, ibu ayah dan semua orang mesti jaga. hm. tu jela kot.

senyum selalu, sebab senyum itukan sedekah. (=

0 comments: