Thursday, July 9, 2009

.P.R.I.O.R.I.T.Y.

bismillah dan assalamualaikum..
hmm.. tajuk ni mungkin nampak biasa tapi ada sesetengah pihak tidak ambil peduli..

belajar? ke main?
kawan ataupun family?
hiburan atau Allah?
yang mn lebih penting? FIKIRKANLAH..

ntahlah, kadang2 saya xfaham sikap orang yang suka sangat bermain
sampai pelajaran di lupakan. bukan tidak boleh bermain, tapi ada had dan limitnya.

saya juga tidak faham apabila seseorang itu sanggup melebihkan kawan dari
keluarga. kawan saya di kolej, mereka lebih gemar tinggal di kolej berbanding
pulang ke rumah, lebih suka bersama kawan selain keluarga
dan ada yang sanggup pergi bercuti dengan sedang keluarga pergi menziarah
saudara yang lain. tidak bg saya. ada je peluang. BALIK!! hehe
kalau difikirkan, bukankah baik kita menziarahi saudara
kita supaya kita kenal mereka? hmm...

akhir sekali, hiburan atau Allah? dari kanak2 sampailah
dewasa. tv? internet? etc. semua dijadikan hiburan untuk memuaskan nafsu sendiri.
ada yang sanggup jaul barang pemberian orang demi nafsu.

''abu, jom solat'' ---> ''kejapla mak'' sedang asyik menonton tv..
salah satu contoh yang paling simple..hmm...aduhai..

jadi, mari sama2 kita muhasabah diri kita balik.. fikirlah.. selagi orang yang tersayang
berada disisi anda, hargailah mereka.. dan sama2 lah kita kejar syurga Allah
dan tinggal bersama2 di situ ^-^ <3

petikan di atas tiada kaitan dengan sesiapa.. tapi kalau ada terasa mintak maaflah ye..
memang untuk teguran bersama termasuk diri saya sendiri.. bak kata pepatah
'buang yang keruh, ambil jernih'..

akhir kata.. senyum selalu =)

0 comments: