Sunday, July 19, 2009

senang merancang, lagi senang melaksanakan?

assalamualaikum.. hmm.. bagaimana mahu mulakan..

begini... saya dan cgu shikin bincang2 dan chat2 di YM demi merancang masa depan(cehceh).. cgu pon ajaklah balik kampung saya untuk mengutip buah2an tempatan (manggis, durian, rambutan, langsat etc).. tiba2, terlintas di fikiran nak buat suprise untuk bee sempena hari jadinya (20july2009) dimana kami terpaksa cepatkan sehari kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan seperti esok adalah hari isnin dan hari isnin adalah hari bersekolah dan hari bekerja tapi saya cuti.. fuh! (hehe) jadi, bincang punya bincang punya bincang.. bincang sampai dua minggu.. dan keputusan telah mencapai kata muktamad pada hari sabtu (18july2009)..

memangla mudah untuk merancang kerana setiap masalah yang timbul(pada saat2 akhir contoh tetibe ade kem kepimpinan dan tetiba ada meeting selepas kem kepimpinan) tapi dengan ketangkasan saya dan cgu shikin dan dengan izin dariNya dapat juga kami merancang.. sesungguhnye Dia merancang apa yang terbaik untuk kami.. terima kasih Ya Allah.. dengan izinNya juga kami dapat mengeratkan silaturrahim antara bee dan rakan2 seperjuangan.. di sini juga saya nak menekan kan tentang dunia kollej.. dimana kehidupan di kolej adalah berbeza disekolah.. bi'ah nye.. kita yang kena pandai2 memilih kawan yang akan membawa kita ke arus yang betul.. sebab di kolej, tiada pengawasan yang ketat seperti di sekolah dan pergaulan yang ekstreeeemmmme kadang2 akan menghanyutkan kita.. baik, kembali ke topik asal..

pagi2 dah bangun solat subuh tengok tv sekejap dan kejut kauthar untuk ajar besihkan kandang arnab... memang mudah tapi perlukan skill.. selesai bersihkan kami menggentel begedel untuk buat soto.. dalam kul 8.30pg kauthar stop sbb nk pg tgk asyraf kat kolej.. saya teruskan kerja saya..

jam 1000 pg dah janji dengan cgu shikin nak jumpa kat jimat untuk mengambil kawan2 bee untuk balik langat.. jam 10.30 cmtu br bertolak balik langat.. memang susah untuk keluar dari sekolah sehingga kawannya far TERpaksa berhelah.. hehe namun, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar... setibanya dilangat.. saya siapkan makan dan mereka tolong2 dan bincang bagaimana nak buat kejutan...

jam 11 atau 12 cmtu, mama, baba , kauthar, ayid dan bee sampai.. sampai je bee kat pintu dorang semua nyanyi happy birthday kat dia.. dia terus nangis..terharu..(MUNGKIN..hehe).. saya hanya mampu tersenyum... makan4x.. borak7x (borak lebih lama dari makan..hehe) solat.. dan diorang pon pergi kutip buah...mandi sungai... hmm... cerita lanjut biarlah mereka yang cerita kerana saya tolong bawa dan merancang di awal sahaja...papepon saya harap bee gembira dan akan ingat kenangan ini bersama kawan2 dia dan ukhuwwah mereka akan berkekalan hingga akhirat.. ameen..(semua ameenkan ye.. =) )

buat Nabihah binti Roslan..

kakak xnk ucap 'happy birthday' atau selamat hari jadi.. just nak cakap jadilah anak yang solehah ye.. jadi kakak yang baik ok.. cepat2 habis kan hafazan, nnt pilih kakak masuk syurga tau.. heheh jaga hubungan dengan Allah..jaga hubungan dengan manusia dan parents..buat yang terbaik kat dunia untuk akhirat.. jaga akhlak.. jaga adab.. kalau kakak xada jaga adik2..mama, baba.. awk second anak perempuan.. kakak tau awak boleh..dan ingat, semakin hari semakin dekat kita dengan kematian.. sama2 kita tingkatkan amal kita ye.. =)

papepon jutaan terima kasih kepada:

1) Allah yang melancarkan segala urusan kami
2)mama and baba yang same2 kaw team dengan kakak
3) atok wan dan opah yang turut sekali membantu
4) cgu shikin yang banyak2 menolong saya.. berganding bahu...
5) kawan2 bee yang juga banyak membantu..
6) adik2 yang sporting..
7) k.ina yang juga pandai menyimpan rahsia..

hehehe thank you semua.. hanya Allah dapat balas jasa korang..

walaupon sehari, tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. bersyukur kepadaNya... sekian... SENYUUMMMM!!! hehehe =)

0 comments: