Monday, February 15, 2010

kahwin. masyaAllah

assalamualaikum w.b.t

peringatan buat semua kawan2 dan orang yang mengenali ku.
Alhamdulillah dengan izinNya anda masih hidup untuk membaca blog ini.
mungkin sedikit nikmat ditarik olehNya(demam, selsema etc ect) namun, kita haruslah bersyukur.

xmoh cakap banyak, cuma nak pesan yang berkaitan dengan tajuk memandangkan acik dah tag saya kat facebook pasal kehidupan selepas kahwin. so, nak bagi nasihat dan peringatan sikit. hehe

kalau nak couple and buat benda yang kurang baik dipandang, ingatlah kat kedua ibu bapa kita. eh, silap2, yang utama ingatlah Allah yang sentiasa melihat kita dimana jua. kalau nak couple tu, kahwin jela. xcomel pun kalau couple2 ni. bagi saya, xde istilah 'sweet couple' sebelum berkahwin. tolonglah jaga maruah ye. kita dah besar and masing2 boleh fikir sendiri. kalau kita jadi baik nanti Allah sayang. nanti anak2 kita pun jadi gebu comel,chubby debab(geram) soleh solehah dan baik.insyaAllah hehe

kahwin? bagus. tapi kalau nak buat kenduri kahwin, jangan lah nak buat besar2 sebab nak kawan puji lah apalah. semua tu duniawi je. bak kata petikan kat bawah ni, ajaklah orang2 yang akan mendoakan anda dan bukan ke majlis untuk cari boyfriend ke apa ke. please. huhu saya nak kalau kahwin(satu hari nantila kan) orang2 yang saya ajak mesti doakan saya bukan setakat kat dunia je, tapi akhirat dan akan melahirkan zuriat2 yang akan menegakkan islam dan comel2 belaka debab2 kedek2 lari cari mama dia aww ehehe. amin.

tuje la kot. disini ada petikan acik tag ana kat facebook. sedikit sebanyak dapat la pengajaran. thanks acik! wa sayang sama lu. (=


Wahai insan, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran


from: acik

jzkk (=

7 comments:

Anonymous said...

perghhh acik..mantap seyh..da ade calon ke cik..ngee

Anonymous said...

erm mcm la acik akan jawab..nt tlg jawabkan eh pkah..haha

afiQah said...

haha tula. ana pon curiga. nanti ana soh dia jawabkan tok cgu. (=

Khazinatul_Asrar said...

huhu. best3~bagus.
i LIKEEEEEEEEE this post. :)
couple2 belum tentu kawen kan? so, buang masa, buang duit, dll~drpd buang semua tu, baik kumpul duit utk wat benda yg berfaedah kan?

cegu, acik sedang bersiap sedia dgn ilmu. xsemestinya dah ada calon baru blh ckp benda2 ni. hehe:P

btw, xsbr nak jumpe korg sume~~wee.

afiQah said...

betul. kadang2, bila jumpa malu plak nak tegur kita. senyum pun x. kenapa? dengan kita nak malu, tapi dengan Allah? xtaulah. huhu

tommygurl said...

I love this post! Lesap 2 bulan tiba2 ckp pasal kawen yeh..kihkihkih

Anonymous said...

ehm..ana cam bangge ckit..sbb..sb.. sbb ade name ana laa kalo boleh~!! haha.. *gaye cam masuk tv je -gosh!* haha